Saturday, May 22, 2010

::Suka dan Duka Cendawan::



Ini adalah pengusaha cendawan yang tidak asing lagi di pantai timur dan juga dikalangan pengusaha cendawan di Malaysia...Beliau adalah En.Faizal Ibrahim(CT Faizal)...Semasa saya singgah ditempat beliau, beliau sedang sibuk menyuntih benih...Tetapi beliau sanggup tinggalkan kerja-kerja tersebut kerana ingin memberi ruang dan luang kepada saya untuk berbual-bual dengan beliau...Beliau seorang yang peramah dan ceria orangnya...Tidak hairan la beliau merupakan salah seorang "anchor" didalam Persatuan Cendawan Kelantan(GU KULAT)....Sekarang beliau tengah menyiapkan salah satu projek persatuan yang cukup besar juga nilainya...Patutla muka ada senyum....hehehe...Apa-apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada beliau kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk dikongsikan bersama saya..Semoga berjaya...Insyaallah...



Ini adalah Abe Mat yang hari tu...sekarang gambar beliau dah ada...masa saya singgah di tempat beliau, nasib baik beliau ada kat ladang...semasa best berborak dengan beliau,beliau memberitahu berita yang kurang sedap didengar...Beliau memberitahu saya, sekarang beliau mengalami kerugian yang amat besar juga oleh kerana benih yang beliau gunakan semuanya merosakkan beg media cendawan..lebih kurang 5k yang rosak disebabkan benih yang tak konsisten yang beliau beli dari pihak tertentu...Saya amat-amat bersedih dengan beliau, disebabkan benih yang tak konsisten beliau terpaksa menanggung kerugian seorang diri...Tetapi beliau tidak akan berputus asa dengan cabaran atau musibah yang menimpa beliau...Beliau mahu meneruskan jua perusahaan cendawan ini sehingga berjaya...Kerana beliau berpendapat perusahaan ini cukup luas pasaran sekarang...Selamat Maju dan Jaya....

Wednesday, May 12, 2010

::Kursus Anjuran KADA::






Assalamulaikum kepada semua...


Dua hari lepas selesai sudah kursus yang diadakan oleh pihak KADA..saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KADA Bahagian Industri Bukan Padi kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus ini...Lebih kurang 50 orang peserta yang mengikuti kursus ini secara percuma...Kursus ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Industri Bukan Padi iaitu Tuan Haji Zahari B. Abdul Rahman...Beliau begitu bersemangat untuk melihat anak-anak tempatan menceburi bidang ini kerana bidang pertanian ini cukup luas dan besar potensinya di masa hadapan dan berharap para peserta kursus dapat menimba seberapa banyak ilmu di dalam kursus yang diadakan...
Manakala penceramah kursus ini dikelola oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (GU CENDAWAN) iaitu Encik Mohd Khadzi Che Yusoff...Pada hari pertama para peserta diberi pendedahan secara teori oleh beliau tentang Cendawan Tiram Kelabu yang menjadi sioalan ramai pada masa kini...Pada hari kedua pula para peserta dibawa berkunjung ke ladang En.Khadzi untuk merasai sendiri suasana bagaimana perusahaan cendawan tiram kelabu dijalankan dan mengaplikasikan teori-teori yang diajar oleh Beliau sebelum para peserta memulakan projek cendawan tiram kelabu selepas selesai kursus ini...
Sekali lagi saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak KADA bahagian industri bukan padi dan juga kepada En.Khadzi kerana banyak mencurahkan ilmu beliau kepada kami semua serta tidak ketinggalan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah mejayakan kursus ini...Diharap pada masa hadapan lebih banyak agensi-agensi kerajaan yang dapat menganjurkan kursus-kursus seperti ini supaya orang ramai dapat menyertai kursus-kursu seperti ini....Sekian Dulu....

Thursday, May 6, 2010

::Kerja-kerja Pusingan Seterusnya::




Minggu ini operasi meletakkan beg media ke atas rak-rak di dalam bangsal kutip hasil...So banyak kena pakai orang sikit supaya cepat siap...jadi saya pun import dua tiga orang sepupu untuk kerja-kerja menyusun beg media keatas rak...Tapi sebelum itu bangsal kutipan hasil perlu di bersihkan dulu dan dispraykan dulu dengan Dettol atau apa-apa bahan yang boleh menghalang kuman dan bakteria berada didalam bangsal kutipan...Selain daripada dettol, saya menggunakan SERAI WANGI untuk menghalang bari-bari memasukki bangsal kutipan...tetapi kalau nak berkesan gunalah selang 2 hari sekali spray didalam bangsal kutipan..
Serai wangi ini, saya beli dekat tesco jer yang sudah dibancuh...saya rasa semua pasaraya ada serai wangi ini kerana ia produk IKS tempatan...Nanti minggu depan saya upload gambar botol dia camner ek...Apa-apa pun kebersihan perlu diutamakan dan juga perlu dijaga semaximum yang mungkin kerana cendawan sangat sensitif...
So sambung balik pasal menyusun beg media....lebih kurang 3k sahaja yang dapat diturunkan minggu ini....kerana cuaca panas sangat...yang lain putihnya belum sampai ke bawah....so kena tunggu lah lagi....