Sunday, September 20, 2009

:: Pengenalan Cendawan Tiram Kelabu ::

Cendawan Tiram Kelabu
Cendawan adalah sejenis kulat yang senang tumbuh di negara-negara yang beriklim lembap. Iklim di Malaysia yang lembab sepanjang tahun bersuhu antara 25°C - 35°C dengan hujan sepanjang tahun menjadikan ia antara negara yang mudah untuk pertumbuhan kulat yang biasanya membiak pada batang-batang kayu reput. Kulat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis beracun(tidak boleh dimakan) dan yang tidak beracun(boleh dimakan). Kulat cendawan jenis pengurai bahan reput(selulosa) tanaman kebanyakannya membawa nilai khasiat makanan dan kesihatan pada manusia. Ia mengandungi khasiat-khasiat penting seperti protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak. Cendawan mempunyai kandungan kalori yang rendah dan serat yang tinggi. Selain itu ia juga mengandungi zat-zat galian yang penting untuk kesihatan manusia. Cendawan mempunyai kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau. Ia sesuai dimakan oleh pesakit diabetis dan obesiti kerana ia rendah lemak.

Tuesday, April 28, 2009

:: Bermulanya Menanam Cendawan Tiram Kelabu ::


Assalamulaikum w.r.t , terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan pengusaha cendawan di malaysia tak kira berada dimana saje...
Disini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang perusahaan cendawan yang telah saya ceburi ini. Sebelum memulakan tanaman cendawan ini, saya bercadang untuk membuat projek kambing, alih-alih buat projek menanam cendawan..sebab itu kandang kambing telah di tranformasi menjadi bangsal cendawan..hehehe..So bermula lah edisi perusahaan menanam cendawan...Projek cendawan Tiram Kelabu ni bermula dalam tahun 2008..begitu lah al-kisahnya...
Pada bahagian atas bangsal ini saya telah transformkannya kepada tempat pemeraman bongkah-bongkah cendawan , manakala dibahagian bawah adalah tempat proses dan juga tempat memungut hasil-hasil cendawan...itu lah serba sedikit tentang permulaan projek penanaman cendawan tiram kelabu saya..sekian terima kasih..hehehe