Thursday, August 5, 2010

:: Sekitar Majlis Menandatangani Perjanjian MoU Bersama KADA ::




Alhamdulillah bersemperna dengan bulan Ramadhan ini , saya berkesempatan untuk menaip pada blog kali ini kerana sudah sekian lama tidak mengemaskini blog ini..Disini saya ingin memberitahu serba sedikit aktiviti kami pada awal bulan ini...Pada 04 Ogos 2010, satu perjanjian MoU diantara KADA telah berlangsung..Pengerusi Lembaga kemajuan Pertanian Kemubu(KADA), Tan Sri Annuar Musa telah hadir sama dalam majlis ini..Sebagai salah satu 'syarikat payung' dalam mejayakan program/projek ini kami amat berbangga dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan didalam melaksanakan projek ini..Tan sri Annuar Musa Berkata ini adalah projek bersepadu meningkatkan pendapatan bagi membasmi kemiskinan melalui bidang pertanian dan industri asas tani di mana pemilihan peserta adalah dibuat melalui Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen berkenaan berdasarkan senarai e-kasih..KADA memperuntukkan 10 projek yang dikenal pasti berpotensi untuk meningkatkan pendapatan peserta iaitu tanaman cendawan, ternakan itik dan ternakan ikan keli dengan peruntukkan RM10 000.00 bagi setiap peserta..Seramai 400 orang peserta dikenalpasti dalam mejayakan projek ini..Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek ini..