Friday, May 27, 2011
:: Sehari Bersama Karnival Red Warriors ::
Sehari bersama karnival Red Warriors yang telah dianjurkan oleh pihak KADA berserta dengan agensi-agensi kerajaan yang lain telah mengadakan satu karnival bersama penduduk tempatan di Pasir Mas baru-baru ini..Pihak kami telah diberi penghormatan oleh pihak KADA untuk mempromosikan cendawan goreng di karnival tersebut..Sambutan amat luar biasa yang diterima oleh pihak kami memandangkan ini adalah kali pertama pihak kami menyertai karnival seperti ini dan juga kali pertama mengadakan promosi cendawan goreng di tempat kami...Alhamdulilah.....Diharap di masa akan datang karnival-karnival seperti ini dapat kami sertainya bagi tujuan mempromosikan produk-produk hiliran yang berkait dengan perusahaan cendawan di malaysia....
Saturday, May 21, 2011
:: Bangsal Baru Hasil Baru ::
Syukur ke Hadrat Ilahi....kerna dimurahkan rezeki kepada kami selama ini....
mudah-mudahan dengan limpah kurniaanNya bertambah la lagi hasil cendawan kami pada masa hadapan hendaknya...
Ini lah bangsal baru kami...saiznye lebih kurang 16 X 40....di harap pada masa hadapan lebih banyak lagi bangsal cendawan akan tumbuh di negeri che siti wan kembang...:)
Sunday, February 6, 2011
:: Penambahan Bangsal cendawan Tiram Kelabu ::
Alhamdulliah..syukur kehadrat Ilahi kerna di limpahi rezeki dan kesihatan yang tak seberapa ni...disini saya ingin mencoret sedikit tentang perkembangan kami.....di penghujung tahun 2010 dan di awal tahun 2011, penambahan bangsal cendawan giat dijalankan kerana permintaan cendawan dalam pasaran yang amat memberangsangkan..Penambahan bangsal cendawan kami adalah untuk menampung permintaan cendawan pada masa kini...Di harap dengan adanya bangsal tersebut dapat menampung permintaan cendawan dipasaran sekarang...
Saturday, February 5, 2011
:: Lawatan Tan Sri Anuar Musa ke Tapak Projek Cendawan Tiram Kelabu ::
Assalamulaikum....Di sini saya dan semua yang terlibat dalam projek ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Tan Sri Anuar Musa kerana dapat meluangkan sedikit masa beliau untuk turun padang melihat perkembangan projek tanaman cendawan tiram kelabu di pasir mas pada 1.2.2011 yang lepas....Saya amat terharu dengan kehadiran beliau dan seperti memberi semangat baru kepada saya untuk terus berjuang dan berusaha dalam bidang yang saya ceburi ini...sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga...Semoga perusahaan cendawan tiram kelabu yang saya ceburi ini akan terus berjaya...Insyaallah..
Sunday, January 30, 2011
::Merehatkan badan dan minda selepas penat Bekerja::
A'kum kepada semua...............2 minggu lepas kami semua telah pergi ke suatu tempat peranginan untuk merehatkan badan dan minda selepas penat berhempas pulas menyiapkan tempahan bongkah yang kami terima sejak bulan 7. 2010..............syukur alhamdulillah semua tempahan siap dihantar pada masa yang dijanjikan......Tempat yang kami kunjungi ini tidak lah jauh sangat...tapi cukup gembira sekali bagi kami semua kerana dapat merehatkan badan dan minda buat seketika......Insyaallah jika ada masa yang sesuai kami akan datang lagi ke tempat ini.....memang best sangat....sekian terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)