Saturday, March 27, 2010

:: Bangsal ke-2 ::




Akhirnya...Siap juga bangsal ke-2 yang tak seberapa ini....Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada datuk sedara dan juga bapa sedara serta kaum keluarga yang lain kerana telah bekerjasama dalam menyiapkan bangsal ke-2 ini...Kalau tiada mereka ini belum tentu bangsal ke-2 ini siap dengan jayanya....ribuan terima kasih sekali lagi....."APA YANG PENTING KERJASAMA".....Bangsal ke-2 ini ambik masa untuk siap hampir 1 bulan...buat perlahan-lahan....saiznya lebih kurang 20' X 30'...Bangsal ke-2 dibina adalah untuk tempat mengutip hasil cendawan kerana bangsal pertama tak dapat menampung permintaan cendawan segar yang agak tinggi di kelantan...so kenalah tambah bangsal...hehehe...tapi bangsal pertama still ada untuk buat pusingan cendawan supaya permintaan cendawan tidak putus/terhenti....hehehehe...Dan saya berharap perusahaan yang saya ceburi ini dapat berkembang lagi di masa hadapan dan berharap rakan-rakan pengusaha cendawan dapat memberi KERJASAMA supaya bidang ini akan terus maju....CENDAWAN KITA BOLEH!!!!

:: Acara Menyusun Bongkah ::



Bongkah yang dah matang disusun diatas rak-raknya....ada rak bentuk jenis A..dan ada rak bentuk biasa...dalam pemerhatian saya...saya rasa elok pakai yang jenis biasa...cuma jangan letak lebih dari 4 tingkat kalau nak selamat...hehehe...takut-takut jatuh bila letak tinggi sangat...susah pulak nak kemas bila jatuh nanti...so buatlah keputusan yang bijak...hehehehe..
Bentuk A pun ok juga...cuma space(tempat kutip hasil) kena luas, kalau sempit tak selesa pulak bila nak kutip hasil nanti....so disini saya boleh buat perbandingan mana yang elok untuk bangsal ke-2 saya nanti...hehehe...

:: Bongkah-Bongkah Matang ::



Bongkah-bongkah cendawan tiram kelabu yang dah matang...lebih kurang 3K bongkah jer...
Benih yang digunapakai adalah benih siam memandangkan pengeluaran benih siam cepat berbanding dengan benih malaysia...tetapi hasil tinjauan saya,cendawan siam kurang berkualiti cepat rosak berbanding dengan benih malaysia...selepas ini saya akan menggunakan sepenuhnya benih dari malaysia...Sebab saya menggunakan benih siam kerana nak mencuba sendiri, duk dengar orang cakap...rasa tak puas hati...so cubalah...hehehe..dengar-dengar benih malaysia telah diupgrade kepada 30 hari proses pemeraman....ini dan kira mengalahkan benih siam...benih siam 45 hari....Hidup Malaysia...MALAYSIA KITA BOLEH!!!

Saturday, March 20, 2010

:: Membuat Rak Cendawan ::

Kerja- kerja Membuat Rak



Selepas selesai mengisi benih, saya dan jue membuat rak pulak..kami menggunakan kayu saiz 1' x 2' jer untuk kurangkan kos...hehehe..so buat punya buat maka selesai lah buat rak..tiga empat hari juga baru selesai..Itu lah pengalaman membuat rak cendawan..harap-harap di masa hadapan boleh buat rak yang lebih elok..hehehe

Sunday, September 20, 2009

:: Pengenalan Cendawan Tiram Kelabu ::

Cendawan Tiram Kelabu
Cendawan adalah sejenis kulat yang senang tumbuh di negara-negara yang beriklim lembap. Iklim di Malaysia yang lembab sepanjang tahun bersuhu antara 25°C - 35°C dengan hujan sepanjang tahun menjadikan ia antara negara yang mudah untuk pertumbuhan kulat yang biasanya membiak pada batang-batang kayu reput. Kulat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis beracun(tidak boleh dimakan) dan yang tidak beracun(boleh dimakan). Kulat cendawan jenis pengurai bahan reput(selulosa) tanaman kebanyakannya membawa nilai khasiat makanan dan kesihatan pada manusia. Ia mengandungi khasiat-khasiat penting seperti protein, vitamin, karbohidrat dan rendah lemak. Cendawan mempunyai kandungan kalori yang rendah dan serat yang tinggi. Selain itu ia juga mengandungi zat-zat galian yang penting untuk kesihatan manusia. Cendawan mempunyai kandungan protein dua kali ganda dari sayuran hijau. Ia sesuai dimakan oleh pesakit diabetis dan obesiti kerana ia rendah lemak.

Tuesday, April 28, 2009

:: Bermulanya Menanam Cendawan Tiram Kelabu ::


Assalamulaikum w.r.t , terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan pengusaha cendawan di malaysia tak kira berada dimana saje...
Disini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang perusahaan cendawan yang telah saya ceburi ini. Sebelum memulakan tanaman cendawan ini, saya bercadang untuk membuat projek kambing, alih-alih buat projek menanam cendawan..sebab itu kandang kambing telah di tranformasi menjadi bangsal cendawan..hehehe..So bermula lah edisi perusahaan menanam cendawan...Projek cendawan Tiram Kelabu ni bermula dalam tahun 2008..begitu lah al-kisahnya...
Pada bahagian atas bangsal ini saya telah transformkannya kepada tempat pemeraman bongkah-bongkah cendawan , manakala dibahagian bawah adalah tempat proses dan juga tempat memungut hasil-hasil cendawan...itu lah serba sedikit tentang permulaan projek penanaman cendawan tiram kelabu saya..sekian terima kasih..hehehe