Alhamdulliah..syukur kehadrat Ilahi kerna di limpahi rezeki dan kesihatan yang tak seberapa ni...disini saya ingin mencoret sedikit tentang perkembangan kami.....di penghujung tahun 2010 dan di awal tahun 2011, penambahan bangsal cendawan giat dijalankan kerana permintaan cendawan dalam pasaran yang amat memberangsangkan..Penambahan bangsal cendawan kami adalah untuk menampung permintaan cendawan pada masa kini...Di harap dengan adanya bangsal tersebut dapat menampung permintaan cendawan dipasaran sekarang...
Sunday, February 6, 2011
:: Penambahan Bangsal cendawan Tiram Kelabu ::
Alhamdulliah..syukur kehadrat Ilahi kerna di limpahi rezeki dan kesihatan yang tak seberapa ni...disini saya ingin mencoret sedikit tentang perkembangan kami.....di penghujung tahun 2010 dan di awal tahun 2011, penambahan bangsal cendawan giat dijalankan kerana permintaan cendawan dalam pasaran yang amat memberangsangkan..Penambahan bangsal cendawan kami adalah untuk menampung permintaan cendawan pada masa kini...Di harap dengan adanya bangsal tersebut dapat menampung permintaan cendawan dipasaran sekarang...
Saturday, February 5, 2011
:: Lawatan Tan Sri Anuar Musa ke Tapak Projek Cendawan Tiram Kelabu ::
Assalamulaikum....Di sini saya dan semua yang terlibat dalam projek ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Tan Sri Anuar Musa kerana dapat meluangkan sedikit masa beliau untuk turun padang melihat perkembangan projek tanaman cendawan tiram kelabu di pasir mas pada 1.2.2011 yang lepas....Saya amat terharu dengan kehadiran beliau dan seperti memberi semangat baru kepada saya untuk terus berjuang dan berusaha dalam bidang yang saya ceburi ini...sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga...Semoga perusahaan cendawan tiram kelabu yang saya ceburi ini akan terus berjaya...Insyaallah..
Sunday, January 30, 2011
::Merehatkan badan dan minda selepas penat Bekerja::
A'kum kepada semua...............2 minggu lepas kami semua telah pergi ke suatu tempat peranginan untuk merehatkan badan dan minda selepas penat berhempas pulas menyiapkan tempahan bongkah yang kami terima sejak bulan 7. 2010..............syukur alhamdulillah semua tempahan siap dihantar pada masa yang dijanjikan......Tempat yang kami kunjungi ini tidak lah jauh sangat...tapi cukup gembira sekali bagi kami semua kerana dapat merehatkan badan dan minda buat seketika......Insyaallah jika ada masa yang sesuai kami akan datang lagi ke tempat ini.....memang best sangat....sekian terima kasih
Sunday, January 9, 2011
:: Kenangan 2010 ::
Sebahagian daripada bongkah yang sedang diperam......lebih kurang 50k..
Sebahagian daripada bongkah-bongkah yang siap dibungkus untuk penghantaran ke tempat projek..........

Hasil cendawan yang cukup memberangsangkan......purata dalam sehari lebih kurang 200 KG.....

Sesi penyampaian Hasil projek KPI Menteri di kawasan parlimen Pasir Mas bagi peserta yang terlibat dalam projek tanaman cendawan tiram kelabu...Ia disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Haji Hanafi Bin Mamat dan juga Pihak KADA.
Tahun 2010 banyak perkara yang kami pelajari.....Diharap pada tahun ini lebih banyak perkara dalam bidang tanaman cendawan ini yang dapat kami pelajari......TERIMA KASIH kepada Semua usahawan cendawan di MALAYSIA terutama pengusaha di negeri KELANTAN yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami....TERIMA KASIH juga diucapkan kepada PERSATUAN CENDAWAN KELANTAN kerana diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai ANCHOR di bahagian Pasir Mas....Dan juga JUTAAN TERIMA KASIH kepada pihak KADA yang begitu komitmen dalam menjayakan projek KPI Menteri untuk membantu golongan e-kasih supaya mereka dapat keluar daripada kelompok kemiskinan....Akhir kata pada kali ini saya ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini terutamanya kepada SEMUA AHLI KELUARGA SAYA yang sentiasa memberi SEMANGAT DAN DORONGAN kepada saya untuk terus memajukan perusahaan cendawan ini....Sekian Terima Kasih....ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH KERANA DILIMPAHI RAHMATNYA YANG TIDAK TERHINGGA.....
Monday, December 13, 2010
: : Sekitar MAHA 2010 : :
A'kum dan Salam 1 Malaysia....dah lama tak update blog nih...banyak sangat kerja yang kena bereskan sebelum berakhirnya tahun 2010 yang begitu bermakna......pada MAHA tahun nih, saya berkesempatan pergi ke sana...disini saya upload beberapa gambar yang sempat diambil...Ramai juga pengusaha-pengusaha cendawan yang menyertai MAHA kali nih...seperti Blue cendawan, Fatisha Agro,dan tidak ketinggalan pakar masak iaitu Pn.Noni yang begitu sibuk sepanjang MAHA nih berlangsung.....Ramai sungguh orang yang berkunjung ke MAHA kali nih tidak menghiraukan cuaca panas ke hujan ke mereka tetap berduyung-duyung datang ke MAHA 2010...Macam-macam ada kat MAHA kali nih...Diharap pada MAHA yang akan datang lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha cendawan yang menyertainya...mudah-mudahan pada tahun akan datang dapat la jugak saya menyertainya...kalau tak pun melawat pun takpe...:)
Thursday, August 5, 2010
:: Sekitar Majlis Menandatangani Perjanjian MoU Bersama KADA ::
Alhamdulillah bersemperna dengan bulan Ramadhan ini , saya berkesempatan untuk menaip pada blog kali ini kerana sudah sekian lama tidak mengemaskini blog ini..Disini saya ingin memberitahu serba sedikit aktiviti kami pada awal bulan ini...Pada 04 Ogos 2010, satu perjanjian MoU diantara KADA telah berlangsung..Pengerusi Lembaga kemajuan Pertanian Kemubu(KADA), Tan Sri Annuar Musa telah hadir sama dalam majlis ini..Sebagai salah satu 'syarikat payung' dalam mejayakan program/projek ini kami amat berbangga dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan didalam melaksanakan projek ini..Tan sri Annuar Musa Berkata ini adalah projek bersepadu meningkatkan pendapatan bagi membasmi kemiskinan melalui bidang pertanian dan industri asas tani di mana pemilihan peserta adalah dibuat melalui Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen berkenaan berdasarkan senarai e-kasih..KADA memperuntukkan 10 projek yang dikenal pasti berpotensi untuk meningkatkan pendapatan peserta iaitu tanaman cendawan, ternakan itik dan ternakan ikan keli dengan peruntukkan RM10 000.00 bagi setiap peserta..Seramai 400 orang peserta dikenalpasti dalam mejayakan projek ini..Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)