Sunday, January 30, 2011

::Merehatkan badan dan minda selepas penat Bekerja::





A'kum kepada semua...............2 minggu lepas kami semua telah pergi ke suatu tempat peranginan untuk merehatkan badan dan minda selepas penat berhempas pulas menyiapkan tempahan bongkah yang kami terima sejak bulan 7. 2010..............syukur alhamdulillah semua tempahan siap dihantar pada masa yang dijanjikan......Tempat yang kami kunjungi ini tidak lah jauh sangat...tapi cukup gembira sekali bagi kami semua kerana dapat merehatkan badan dan minda buat seketika......Insyaallah jika ada masa yang sesuai kami akan datang lagi ke tempat ini.....memang best sangat....sekian terima kasih

Sunday, January 9, 2011

:: Kenangan 2010 ::



Sebahagian daripada bongkah yang sedang diperam......lebih kurang 50k..



Sebahagian daripada bongkah-bongkah yang siap dibungkus untuk penghantaran ke tempat projek..........



Hasil cendawan yang cukup memberangsangkan......purata dalam sehari lebih kurang 200 KG.....



Sesi penyampaian Hasil projek KPI Menteri di kawasan parlimen Pasir Mas bagi peserta yang terlibat dalam projek tanaman cendawan tiram kelabu...Ia disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Haji Hanafi Bin Mamat dan juga Pihak KADA.



Tahun 2010 banyak perkara yang kami pelajari.....Diharap pada tahun ini lebih banyak perkara dalam bidang tanaman cendawan ini yang dapat kami pelajari......TERIMA KASIH kepada Semua usahawan cendawan di MALAYSIA terutama pengusaha di negeri KELANTAN yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami....TERIMA KASIH juga diucapkan kepada PERSATUAN CENDAWAN KELANTAN kerana diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai ANCHOR di bahagian Pasir Mas....Dan juga JUTAAN TERIMA KASIH kepada pihak KADA yang begitu komitmen dalam menjayakan projek KPI Menteri untuk membantu golongan e-kasih supaya mereka dapat keluar daripada kelompok kemiskinan....Akhir kata pada kali ini saya ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini terutamanya kepada SEMUA AHLI KELUARGA SAYA yang sentiasa memberi SEMANGAT DAN DORONGAN kepada saya untuk terus memajukan perusahaan cendawan ini....Sekian Terima Kasih....ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH KERANA DILIMPAHI RAHMATNYA YANG TIDAK TERHINGGA.....