Sunday, February 6, 2011

:: Penambahan Bangsal cendawan Tiram Kelabu ::







Alhamdulliah..syukur kehadrat Ilahi kerna di limpahi rezeki dan kesihatan yang tak seberapa ni...disini saya ingin mencoret sedikit tentang perkembangan kami.....di penghujung tahun 2010 dan di awal tahun 2011, penambahan bangsal cendawan giat dijalankan kerana permintaan cendawan dalam pasaran yang amat memberangsangkan..Penambahan bangsal cendawan kami adalah untuk menampung permintaan cendawan pada masa kini...Di harap dengan adanya bangsal tersebut dapat menampung permintaan cendawan dipasaran sekarang...

Saturday, February 5, 2011

:: Lawatan Tan Sri Anuar Musa ke Tapak Projek Cendawan Tiram Kelabu ::







Assalamulaikum....Di sini saya dan semua yang terlibat dalam projek ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Tan Sri Anuar Musa kerana dapat meluangkan sedikit masa beliau untuk turun padang melihat perkembangan projek tanaman cendawan tiram kelabu di pasir mas pada 1.2.2011 yang lepas....Saya amat terharu dengan kehadiran beliau dan seperti memberi semangat baru kepada saya untuk terus berjuang dan berusaha dalam bidang yang saya ceburi ini...sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga...Semoga perusahaan cendawan tiram kelabu yang saya ceburi ini akan terus berjaya...Insyaallah..