Monday, April 26, 2010

:: Melawat Pengusaha Cendawan Sekitar Pasir Mas ::

Assalamulaikum kepada semua, sudah sekian lama tidak update blog ini..Hari ini baru berkesempatan untuk update sikit tentang perkembangan semasa kami..hehehe...Dalam sibuk-sibuk membuat beg media baru, saya berkesempatan melawat pengusaha-pengusaha cendawan di sekitar pasir mas tetapi tidak lah semua...mojoriti pengusaha yang saya jumpa/lawat semuanya membuat cendawan tiram kelabu...Disini saya ingin kongsikan bersama serba sedikit hasil lawatan saya....

1) Bersama Abang Sabri


Pengusaha pertama ini adalah pengusaha yang paling lama saya jumpa..Namanya Abe Sabri berasal dari kubang bemban tidak jauh dari bandar pasir mas...Abe Sabri sudah mengusahakan cendawan ini lebih dari 20 tahun...Saya cukup-cukup terharu dengan kejayaannya dan jutaan terima kasih kerana beliau merupakan salah seorang orang yang memperkenalkan cendawan di negeri kelantan ini....Daripada cerita beliau, beliau menyatakan "mujur doh loni, kulat ore kenal doh...maso mulo-mulo dio buat ore tok tahu nok make guano...kulat tuh buang gitu saje"...Syukur Alhamdullilah cendawan sekarang mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat...

2)Bersama Abang Mat

Pengusaha kedua yang saya lawati adalah Abe Mat nama panggilannya...(sori gambar beliau xde)..Abe Mat mengusahakan perusahaan ini lebih kurang 4 tahun...Beliau mengusahakan perusahaan ini di kampung Semuba bersama-sama keluarga beliau...Semasa saya melawat tempat beliau untuk sesi foto ini, beliau tiada dirumah hanya anak beliau dan isteri beliau saje ada dirumah...Anak beliau memberitahu saya ayahnya pergi mengambil habuk kayu getah...maybe lain kali boleh lah saya mengambil gambar beliau...

3)Bersama Abang Rozi


Pengusaha ketiga ini adalah Abe Rozi...Beliau mengusahakan perusahaan ini bersama-sama poksu dekat dengan rumah beliau....Sebelum ini beliau makan gaji sekarang dah start dengan bisness sendiri...hehehe...sekarang beliau hanya beli bongkah yang dah separuh siap dahulu...beliau ingin belajar lagi tentang cendawan ini...


Inilah serba sedikit bingkisan daripada lawat saya...Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengusaha-pengusaha yang saya lawati kerana sudi meluangkan sedikit masa untulkberkongsi maklumat tentang cendawan dan potensinya...Diharapkan pada masa hadapan lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha yang menceburi bidang pertanian ini....bertepatan dengan tema hari pertanian baru-baru ini iaitu "Pertanian Adalah Satu Ibadah"...Sekian dulu untuk kali ini...




No comments:

Post a Comment