Minggu ini operasi meletakkan beg media ke atas rak-rak di dalam bangsal kutip hasil...So banyak kena pakai orang sikit supaya cepat siap...jadi saya pun import dua tiga orang sepupu untuk kerja-kerja menyusun beg media keatas rak...Tapi sebelum itu bangsal kutipan hasil perlu di bersihkan dulu dan dispraykan dulu dengan Dettol atau apa-apa bahan yang boleh menghalang kuman dan bakteria berada didalam bangsal kutipan...Selain daripada dettol, saya menggunakan SERAI WANGI untuk menghalang bari-bari memasukki bangsal kutipan...tetapi kalau nak berkesan gunalah selang 2 hari sekali spray didalam bangsal kutipan..
Serai wangi ini, saya beli dekat tesco jer yang sudah dibancuh...saya rasa semua pasaraya ada serai wangi ini kerana ia produk IKS tempatan...Nanti minggu depan saya upload gambar botol dia camner ek...Apa-apa pun kebersihan perlu diutamakan dan juga perlu dijaga semaximum yang mungkin kerana cendawan sangat sensitif...
So sambung balik pasal menyusun beg media....lebih kurang 3k sahaja yang dapat diturunkan minggu ini....kerana cuaca panas sangat...yang lain putihnya belum sampai ke bawah....so kena tunggu lah lagi....
No comments:
Post a Comment