Thursday, May 6, 2010

::Kerja-kerja Pusingan Seterusnya::




Minggu ini operasi meletakkan beg media ke atas rak-rak di dalam bangsal kutip hasil...So banyak kena pakai orang sikit supaya cepat siap...jadi saya pun import dua tiga orang sepupu untuk kerja-kerja menyusun beg media keatas rak...Tapi sebelum itu bangsal kutipan hasil perlu di bersihkan dulu dan dispraykan dulu dengan Dettol atau apa-apa bahan yang boleh menghalang kuman dan bakteria berada didalam bangsal kutipan...Selain daripada dettol, saya menggunakan SERAI WANGI untuk menghalang bari-bari memasukki bangsal kutipan...tetapi kalau nak berkesan gunalah selang 2 hari sekali spray didalam bangsal kutipan..
Serai wangi ini, saya beli dekat tesco jer yang sudah dibancuh...saya rasa semua pasaraya ada serai wangi ini kerana ia produk IKS tempatan...Nanti minggu depan saya upload gambar botol dia camner ek...Apa-apa pun kebersihan perlu diutamakan dan juga perlu dijaga semaximum yang mungkin kerana cendawan sangat sensitif...
So sambung balik pasal menyusun beg media....lebih kurang 3k sahaja yang dapat diturunkan minggu ini....kerana cuaca panas sangat...yang lain putihnya belum sampai ke bawah....so kena tunggu lah lagi....

Monday, April 26, 2010

:: Melawat Pengusaha Cendawan Sekitar Pasir Mas ::

Assalamulaikum kepada semua, sudah sekian lama tidak update blog ini..Hari ini baru berkesempatan untuk update sikit tentang perkembangan semasa kami..hehehe...Dalam sibuk-sibuk membuat beg media baru, saya berkesempatan melawat pengusaha-pengusaha cendawan di sekitar pasir mas tetapi tidak lah semua...mojoriti pengusaha yang saya jumpa/lawat semuanya membuat cendawan tiram kelabu...Disini saya ingin kongsikan bersama serba sedikit hasil lawatan saya....

1) Bersama Abang Sabri


Pengusaha pertama ini adalah pengusaha yang paling lama saya jumpa..Namanya Abe Sabri berasal dari kubang bemban tidak jauh dari bandar pasir mas...Abe Sabri sudah mengusahakan cendawan ini lebih dari 20 tahun...Saya cukup-cukup terharu dengan kejayaannya dan jutaan terima kasih kerana beliau merupakan salah seorang orang yang memperkenalkan cendawan di negeri kelantan ini....Daripada cerita beliau, beliau menyatakan "mujur doh loni, kulat ore kenal doh...maso mulo-mulo dio buat ore tok tahu nok make guano...kulat tuh buang gitu saje"...Syukur Alhamdullilah cendawan sekarang mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat...

2)Bersama Abang Mat

Pengusaha kedua yang saya lawati adalah Abe Mat nama panggilannya...(sori gambar beliau xde)..Abe Mat mengusahakan perusahaan ini lebih kurang 4 tahun...Beliau mengusahakan perusahaan ini di kampung Semuba bersama-sama keluarga beliau...Semasa saya melawat tempat beliau untuk sesi foto ini, beliau tiada dirumah hanya anak beliau dan isteri beliau saje ada dirumah...Anak beliau memberitahu saya ayahnya pergi mengambil habuk kayu getah...maybe lain kali boleh lah saya mengambil gambar beliau...

3)Bersama Abang Rozi


Pengusaha ketiga ini adalah Abe Rozi...Beliau mengusahakan perusahaan ini bersama-sama poksu dekat dengan rumah beliau....Sebelum ini beliau makan gaji sekarang dah start dengan bisness sendiri...hehehe...sekarang beliau hanya beli bongkah yang dah separuh siap dahulu...beliau ingin belajar lagi tentang cendawan ini...


Inilah serba sedikit bingkisan daripada lawat saya...Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengusaha-pengusaha yang saya lawati kerana sudi meluangkan sedikit masa untulkberkongsi maklumat tentang cendawan dan potensinya...Diharapkan pada masa hadapan lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha yang menceburi bidang pertanian ini....bertepatan dengan tema hari pertanian baru-baru ini iaitu "Pertanian Adalah Satu Ibadah"...Sekian dulu untuk kali ini...




Friday, April 2, 2010

:: Mesin Yang Banyak Berjasa ::

Assalamulaikum dan salam satu malaysia....Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Syed sekeluarga...Kerana dengan adanya mesin keluaran En.Syed ini, maka proses "bagging" dapat dijalankan dengan cepat dan mudah...Dengan adanya mesin ini proses yang dulunya mengambil masa 1 hari untuk menyiapkan lebih kurang 100 beg media mentah dapat dipendekkan...Dan masalah pekerja dapat dikurangkan...Disini saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada En.Syed dan keluarga...Diharap pada masa hadapan lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha cendawan yang dapat mengikut jejak En.Syed dan berharap dapat meneruskan kerjasama diantara satu sama lain...APA YANG PENTING KERJAAASAMA!!!...sekian dulu untuk kali ini....

Saturday, March 27, 2010

:: Bangsal ke-2 ::




Akhirnya...Siap juga bangsal ke-2 yang tak seberapa ini....Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada datuk sedara dan juga bapa sedara serta kaum keluarga yang lain kerana telah bekerjasama dalam menyiapkan bangsal ke-2 ini...Kalau tiada mereka ini belum tentu bangsal ke-2 ini siap dengan jayanya....ribuan terima kasih sekali lagi....."APA YANG PENTING KERJASAMA".....Bangsal ke-2 ini ambik masa untuk siap hampir 1 bulan...buat perlahan-lahan....saiznya lebih kurang 20' X 30'...Bangsal ke-2 dibina adalah untuk tempat mengutip hasil cendawan kerana bangsal pertama tak dapat menampung permintaan cendawan segar yang agak tinggi di kelantan...so kenalah tambah bangsal...hehehe...tapi bangsal pertama still ada untuk buat pusingan cendawan supaya permintaan cendawan tidak putus/terhenti....hehehehe...Dan saya berharap perusahaan yang saya ceburi ini dapat berkembang lagi di masa hadapan dan berharap rakan-rakan pengusaha cendawan dapat memberi KERJASAMA supaya bidang ini akan terus maju....CENDAWAN KITA BOLEH!!!!

:: Acara Menyusun Bongkah ::



Bongkah yang dah matang disusun diatas rak-raknya....ada rak bentuk jenis A..dan ada rak bentuk biasa...dalam pemerhatian saya...saya rasa elok pakai yang jenis biasa...cuma jangan letak lebih dari 4 tingkat kalau nak selamat...hehehe...takut-takut jatuh bila letak tinggi sangat...susah pulak nak kemas bila jatuh nanti...so buatlah keputusan yang bijak...hehehehe..
Bentuk A pun ok juga...cuma space(tempat kutip hasil) kena luas, kalau sempit tak selesa pulak bila nak kutip hasil nanti....so disini saya boleh buat perbandingan mana yang elok untuk bangsal ke-2 saya nanti...hehehe...

:: Bongkah-Bongkah Matang ::



Bongkah-bongkah cendawan tiram kelabu yang dah matang...lebih kurang 3K bongkah jer...
Benih yang digunapakai adalah benih siam memandangkan pengeluaran benih siam cepat berbanding dengan benih malaysia...tetapi hasil tinjauan saya,cendawan siam kurang berkualiti cepat rosak berbanding dengan benih malaysia...selepas ini saya akan menggunakan sepenuhnya benih dari malaysia...Sebab saya menggunakan benih siam kerana nak mencuba sendiri, duk dengar orang cakap...rasa tak puas hati...so cubalah...hehehe..dengar-dengar benih malaysia telah diupgrade kepada 30 hari proses pemeraman....ini dan kira mengalahkan benih siam...benih siam 45 hari....Hidup Malaysia...MALAYSIA KITA BOLEH!!!

Saturday, March 20, 2010

:: Membuat Rak Cendawan ::

Kerja- kerja Membuat Rak



Selepas selesai mengisi benih, saya dan jue membuat rak pulak..kami menggunakan kayu saiz 1' x 2' jer untuk kurangkan kos...hehehe..so buat punya buat maka selesai lah buat rak..tiga empat hari juga baru selesai..Itu lah pengalaman membuat rak cendawan..harap-harap di masa hadapan boleh buat rak yang lebih elok..hehehe