Wednesday, May 12, 2010

::Kursus Anjuran KADA::






Assalamulaikum kepada semua...


Dua hari lepas selesai sudah kursus yang diadakan oleh pihak KADA..saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KADA Bahagian Industri Bukan Padi kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus ini...Lebih kurang 50 orang peserta yang mengikuti kursus ini secara percuma...Kursus ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Industri Bukan Padi iaitu Tuan Haji Zahari B. Abdul Rahman...Beliau begitu bersemangat untuk melihat anak-anak tempatan menceburi bidang ini kerana bidang pertanian ini cukup luas dan besar potensinya di masa hadapan dan berharap para peserta kursus dapat menimba seberapa banyak ilmu di dalam kursus yang diadakan...
Manakala penceramah kursus ini dikelola oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Cendawan Melayu Kelantan (GU CENDAWAN) iaitu Encik Mohd Khadzi Che Yusoff...Pada hari pertama para peserta diberi pendedahan secara teori oleh beliau tentang Cendawan Tiram Kelabu yang menjadi sioalan ramai pada masa kini...Pada hari kedua pula para peserta dibawa berkunjung ke ladang En.Khadzi untuk merasai sendiri suasana bagaimana perusahaan cendawan tiram kelabu dijalankan dan mengaplikasikan teori-teori yang diajar oleh Beliau sebelum para peserta memulakan projek cendawan tiram kelabu selepas selesai kursus ini...
Sekali lagi saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak KADA bahagian industri bukan padi dan juga kepada En.Khadzi kerana banyak mencurahkan ilmu beliau kepada kami semua serta tidak ketinggalan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah mejayakan kursus ini...Diharap pada masa hadapan lebih banyak agensi-agensi kerajaan yang dapat menganjurkan kursus-kursus seperti ini supaya orang ramai dapat menyertai kursus-kursu seperti ini....Sekian Dulu....

No comments:

Post a Comment